MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Assalamualaykum,
Buat pak amin, marhain tua, tranung web, laman laman web, kawan
kawan FGR,SB, Web eUMno
UKEC, HC, Dahlia, Elniza dan lain lain
Ingin saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengendali laman web berita-eumno kerana dengan
cara itu lah pelajar pelajar seberang laut dapat mengentahui maklumat maklumat dan
kegiatan umno yang menerajui kerajaan Malaysia. Usaha gigih anda tentunya dihargai oleh
semua rakyat Malaysia terutama yang masih berada diseberang laut. Kami disini menjadi
peminat setia laman e-umno ini disamping laman laman web yang lain. Setidak tidak nya UMNO
belum lagi rebah kebumi - masih lagi bernyawa-walaupun nyawa nyawa ikan . tak apa lah
asalkan bernyawa. Harap harap tak lah jadik hantu raya. Badan mereput tapi masih bernyawa.
Roh
dah lama keluar dari jasad tuannya tetapi masih juga mata tu berkelip kelip. Bila disuap
makanan. Amboii makan bukan main banyaknya. Tapi badan tak dapat bergerak. Agaknya ini lah
nasib UMNO kalau tak diselamatkan segera. Atau atau atau memang UMNO sekarang ni digerakan
oleh hantu raya !!!!
Kehebatan web eumno ni adalah menyediakan sajian audio fresh.
Ni lah seronok . audio saje yang melambak tapi article agak kurang. Otak dah kurang
bekerja agaknya. Tolong lah perbanyakan article Lawan web reformasi lain. Seronok
dengan audio ni. Paling seronok audio PM menghiburkan. Samalah macam Haji Bakhil dalam
cerita Labu Labi tu. Begitu lah akhir hari hari terakhir seorang PM Malaysia ada bakat
jadi pelawak. Sebaris dengan bintang filem melayu yang lampau. Setiap kata kata nya kami
teliti. Maklumlah ucapan PM mana tau kot kot boleh dibuat panduan hidup. Tapi malangnya
kami lebih banyak ketawa dari serius.. amboiii jokeee nyaaaa .. hahaha. Dah dengar suara
pun ok lah dah lepas rindu. Bila lagi PM nak ke USA/CANADA jumpe student?
Saya juga
nak mintak Maaf kami diseberang laut dah tak mampu nak membela UMNO. Sebab tu lah kami
cadangan segera lah jumpa student cakap pasal kebaikan UMNO dari pagi sampai petang. Buat
forum dengan mereka basuh otak mereka cuci bersih. Sebab sekarang ini sudah 90 peratus
student dan meluat dengan UM-- NO NO. jangan harap mereka ni balik nak sokong awak semua.
Tapi
kalau nak nasihat student tu. Kena lah cari penawarnya kaji dulu penyakit akar umbi. Apa
penyebab sebenar UMNO merosot. Apa punca. Belajar lah sikit faham hidup ini. Faham
persekitaran. Apa jua penyakit pun kena ubat dari akar umbi. Saya dapat katakana hampir 90
peratus jenis perubatan lebih apabila buat dignosis. Prinsip nya adalah akar umbi. Sebut
apa jenis perubatan. Holistic Health, Aryuvedic, Homeopathy, Chiropratic, Oriental
Medicine, Naturopathic Medicine. System system perubatan ini lebih mementingkan kepada
punca penyakit. Bukan setakat itu saja tapi penyakit penyakit asas perlu di titikberatkan
sebelum mengubati penyakit penyakit yang kecik kecik seperti kurap atau kudis.
Bila
penyakit kronik ni dikenal pasti baru lah carik ubatnya. Kalau nak baik keseluruhan buat
macam tu lah. Tapi kalau jantung atau hati yang sakit tiba tiba kurap di kaki diberi ubat
, ini dah songsang namanya. Kalau macam ni usahkan nak selamatkan bangsa ugama dan negara
tapi diri sendiri pun akan kojol.
Cari lah penawar untuk diri sendiri dulu. Lepas
tu baru lah sibukan kepala berubat atau nasihat orang lain atau pun awak semua mengabiskan
boras sajek. Saya rase penyakit UMNO sekarang ni berat. Sebab dalam umno ADA SEJENIS TUMOR
dekat otak , selalu nya TUMOR ni kena buang. Itu Ubat nya. Takan PM tak tahu akan hal ini.
Dia kan arkitek negara dan dia jugak bekas seorang doktor. Kalau seorang doktor beri ubat
pelali untuk mengubat tumor, ini doktor nyayuk dan sewel namanya.
Maklumat terbaru
yang saya terima pada awal bulan Jun rombongan dari Kementerian Pendidikan akan melawat
pelajar pelajar di USA. Program ini akan diadakan di Indiana. Mungkin di Indianpolis atau
di Purdue. Dijangkan tidak kurang dari 300 orang pelajar akan hadir dari seluruh USA. Oleh
kerana kerajaan dah kurang hantar pelajar ke USA 300 orang tu dah kira banyaklah kalau
dapat berkumpul dalam satu masa. Yang mengetuai rombongan ini adalah saudara kita En. Aziz
Shamsudin. yang terkenal dikalangan kami sebagai pakar konspirasi. Harap En Aziz tolong
bela diri nanti.
Dukacita sedikit saya nak maklumkan seramai 10 MPs dari Kelantan
baru saja bertemu student di Indiana. Agaknya semasa artikel ini ditulis mereka didalam
penerbangan pulang ke tanah air. Jadi beruntung lah jadi nya student di Indiana dalam masa
terdekat mereka dilawati oleh pemimpin negara. 10 mps ini hanya tidur di rumah student
student. Harap harap VIP kerajaan nanti tido lah dirumah student. Tengok keadaan mereka
kerana disana dengar kabarnya ramai student berkesedudukan. Apa penyelesaian awak tentang
masaalah ini. Tapi selalu nya awak semua ni suka tido hotel.
Lagi saya harap jangan
lah bawak isu TERIMA KASIH .carik lah isu yang bagus sikit. Seingat saya semenjak dulu
lagi kalau menteri datang jumpa student dibawaknya isu TERIMA KASIH dan MENGENANG BUDI
kerajaan. Tolong lah isu ni dah lapuk. Kerana isu terima kasih ni dalam persidangan
parlimen saja. Terima kasih pada Agung . JANGAN bawak tebiat sampai ke USA. Lepas tu kalau
rase nak tebalkan muka bawak lah berdialog dengan masyarakat tempatan atau dengan wakil
wakil ISNA (Islamic Society of North America) mereka ni dah lama tunggu VIP dari
government Malaysia.
Selalu nya kalau wakil wakil pembangkang datang mereka berdialog dengan pertubuhan
pertubuhan tempatan akan menjadi sebahagian dari agenda mereka bila melawat keluar negara.
Elok
jugak kalau dibawah Dr yusof noor, sebab dia pun tak ada kerja masa ni. Atau ust astora
jabat atau pak hamid othman. Ramai kami disini nak berkenalan.
Dan seperkara lagi
saya rase elok pihak UMNO sediakan satu buku kecik. Buku menjawab isu isu semasa terhadap
UMNO berikan kepada setiap student. Buku kecik panduan tak perlu tebal. Kan tu bagus.
Jawab lah semua fitnah terhadap UMNO.
Sama lah macam di Terengganu dulu buku
bertajuk MENCARI KEBENARAN dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu semasa di perintah
UMNO. Diedarkan percuma kepada rakyat. Tak tahu lah berapa lama buku itu dapat bertahan.
Saya pun tak tahu kebenaran apa yang diperkatakan didalam buku itu. Apa kah lebih benar
dari Quraan dan Hadis nabi atau sebaliknya. Tak cukup lagi kah kebenaran oleh alQuraan dan
nabi sendiri sebagai lambing kebenaran ???. Buku ini dah tak keluar lagi kerana UMNO telah
ranap. DiTerengganu. Dengar cerita ada buku baru pulak keluar apa nama apa nama. Tak pasti
lah. Nanti awak datang kat usa nanti awak cakap lah kat student. Saya dah malassss.
Thats
gonna be fun !!!
Hingga bertemu lagi selamat mencari kebenaran
***noreen***
|